8 Apr 2012

Jenis Servis



  • Servis rendah.
  • Servis rendah depan.
  • Servis tinggi.



  • Servis rendah depan : menolak bulu tangkis melepasi jaring serendah dan serapat yang boleh.
  • Cara melakukan servis rendah :
  1. Berdiri di belakang garis depan dan hampir dengan garis tengah kawasan sendiri.
  2. Kaki kiri didepankan sedikit dan badan menghala ke jaring.
  3. Pegang bulu tangkis pada tangan kiri dan lepaskan secara menjunam.
  4. Arahkan raket pada bulu tangkis dan pukul dengan tolakan ke depan.
  5. Pastikan kepala raket menghala ke bawah dan di bawah pemegang raket semasa memukul.
  6. Arahkan servis ke kawasan depan petak lawan iaitu sama ada ke kiri atau ke kanannya.
  7. Berlatih membuat servis ini dari kedua-dua petak servis iaitu di kiri dan kanan.
  • Servis rendah kilas : menolak bulu tangkis melepasi jaring serendah dan serapat yang boleh.
  • Cara melakukan servis rendah kilas :
  1. Pemain berdiri berhampiran dengan garis depan petak servisnya.
  2. Badan dan kedudukan adalah hampir mengiring jaring.
  3. Bahagian pemegang raket mengarah ke atas, jari pada belakang pemegang raket akan memberikan tenaga dan tekanan untuk kilas.
  4. Bulu tangkis tidak berada diatas pinggang semasa memukul.
  5. Pegang bulu tangkis pada hujung bulunya dan lepaskan untuk segera dipukul dengan cara menguisnya.
  • Servis tinggi : menghantar bulu tangkis ke hujung gelanggang lawan. Bulu tangkis akan meluru jauh dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menjunam.
  • Sesuai untuk acara perseorangan dan juga beregu.
  • Cara melakukan servis ini :
  1. Tangan yang memegang raket akan membuat satu pusingan penuh lengan dan raket dengan pergelangan melepaskan kunci tangan sebelum bulu tangkis dipukul.
  2. Ayunkan tangan bersama raket untuk memukul bulu tangkis yang dilepaskan pada bahagian kepalanya ke bawah.
  3. Kedudukan kaki dan badan adalah seperti dalam servis deras.
  4. Pastikan bulu tangkis melepasi gelanggang dan dibelakang gelanggang lawan.
  5. Jangan hantarkan di tengah atau didepan gelanggang.