8 Apr 2012

Servis

  • Peraturan melakukan servis :
  1. Pemain dalam keadaan tenang dan sedia
  2. Kedudukan kaki hendaklah sejarak bahu, manakala berat badan adalah pada kaki.
  3. Lutut dibengkokkan dengan sebelah kaki ke depan sedikit.
  4. Perhatikan kedudukan lawan dan pada masa yang sama perhatikan juga bulu tangkis yang anda pegang.
  5. Lakukan servis dengan yakin dan jangan tergopoh-gopoh.
  6. Bersedia dengan mengawal setiap bahagian gelanggang.

  • Servis dikira batal jika :
  1. Kaki pembuat barisan servis memijak mana-mana garisan gelanggang.
  2. Pemain mengangkat kaki semasa mebuat servis.
  3. Memberhentikan pergerakan dalam membuat servis dengan tujuan memerangkap lawan.
  4. Memukul bulu tangkis melepasi pinggang.
  5. Raket melepasi jaring semasa membuat pukulan.